Thursday, July 9, 2009

Majlis Kesyukuran Nikmat Rezeki dari Allah

Justify Full
Pada 27 Jun 2009 pada sebelah malam , pihak AJK surau mendapat tajaan daripada beberapa anak khariah surau ini yang sudi memberi jamuan buah durian. Dibeli secara borong dari sekitar dusun di Tg. Dawai , Baling.


Kebetulan waktu ini musim buah durian diperhebatkan. Pihak Pengerusi Surau dan AJK tak akan lepaskan peluang keemasan memakan durian yang cukup lemak enak dimakan bersama pulut susu. Walau pun buah ini baunya cukup memeningkan kepala, tetapi lagi dekat denganya , lagi hati dok nak makan.


Inilah nikmat rezeki dari Allah sama sama kita menikmatnya. Dalam majlis ini apa yang penting ialah kerjasama menjayakan majlis ini akan mengeratkan lagi penduduk taman. Muslimin dan muslimin tak lepaskan peluang menimati juadah ini selepas selesai berjemaah Isya. Semua penduduk taman kebanyakan menhadirkan diri pada majlis ini. Semoga dimurahkan rezeki kepada seseorang yang tidak keberatan menaja buah ini . Pihak Surau Ucapkan Terima Kasih kepada pihak berkenaan . Terima kasih daun keladi.

No comments:

Post a Comment

Nasyid FM online


Kajian Pengunjung

PUNGUTAN KAJIAN PELAWAT BLOG SURAUAMANJAYA Sila luangkan masa anda hanya 2 minit sahaja..Terima kasih

Apakah pendapat anda dengan Blog ini ?
Adakah anda setuju blog surauamanjaya menepati kehendak anda ? Ya
Tidak
Jika tidak ? kenapa..
Sila beri cadangan untuk menambahkan lagi pembaikan blog surauamanjaya ini...
Name:
Email Address:

create web form