Sunday, November 7, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang KAFA 2010

Majlis Berkhatan Al-Quran
Kehadiran Ibubapa

Pelajar Muslimat

Majlis Kelas Anugerah Cemerlang KAFA dengan jayanya telah diadakan di dewan surau kami atas sumbangan dari org ramai pada 07hb Nov 2010 Ahad 7 malam. Majlis ini dirasmikan oleh Penyelia KAFA Kuala Muda dari pejabat agama islam sg petani. Majlis dimulai dengan solat maghrib,majlis bekhatan alquran ,jamuan makan , solat isya berjemaah dan majlis peyampaian hadiah. Pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha semua pihak dalam menjayakan Majlis ini. Semoga bertemu lagi tahun hapan, kepada yang berjaya syabas kepada yg tidak menduduki tempat 1,2,3 teruskan kesungguhan anda ditahun hadapan. Wasalam...editor

Kepada anda yang berminat untuk melihat gambar seterusnya sila pergi ke facebook Surau Amanjaya

http://en-gb.facebook.com/people/Surau-Amanjaya/100000799811819


Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERPUASA

Assalammualaikum...w.b.t
Kami Jkuasa surau ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak ini . Harapan kami semua muslimin dan muslimin agar dapat bersama-sama berjemaah sembahyang sunat tarawikh dan witir di Surau ini. Ambil lah kesempatan dibulan yang baik ini kita mempertingkatkan amalan mengejar kebaikan semampu yang mungkin. Kepada tuanpuan kami mengalu-alukan.

Wasalam

Pengerusi Surau

Tuesday, July 27, 2010

Malam Nifsu Syaaban

di beri tunjuk ajar dan syarahan

air dan kismis memenuhi ruangan dalaman surau


ceramah ringkas oleh Ustz Rosni

Kanak-kanak dan wanita , turut serta membaca yasin

Ucapan aluan oleh Ustz Shahirul

Pihak AJK surau semalam dapat berjaya mengadakan majlis ilmu sempena malam Nisfu Syaaban pada tahun ini dengan kehadiran begitu ramai diluar jangkaan jumlah dari seluruh penduduk berdekatan. Ia juga digunakan dengan bacan Surah Yasin tak kira semua peringkat. Sedikit Jamuan disediakan dan air dan kismis diedarkan kepada semua setelah selesai majlis tersebut. Majlis in diketuai oleh Utz Rosni dan Ust shairul dan Ustz Suhaimi dengan Sunat Tahajud dan cara2 sunnah untuk mengajar anak. Dikalangan ibubapa berasa majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi sesama jiran dan masyarakat.

Laman web ini cuba memberi gambaran video cara-cara berdoa yg berkesan utk seorang ayah kepada anak yg telah ditujukan...tunggu sedikit masa nanti.


Friday, June 25, 2010

KHASIAT HABBATUS SAUDA'

Pilihan Utama Anda Untuk Kehidupan Yang Lebih Sihat & Diberkati

Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Pada Habbatus Sauda' itu terdapat ubat segala penyakit kecuali mati."

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya."Apakah itu Al-Sam?" Baginda menjawab, "Al-SAm itu ialah maut."
(Riwayat Imam Al-Bukhari)

Terima kasih di atas kesudian anda semua yang telah menghubungi saya, habbatus sauda' baraka adalah makanan tambahan untuk kesihatan, tiada kesan sampingan. Satu kotak 24 kapsul, kapsul dalam bentuk softgel.

Cara mengamalkannya, sebiji pagi dan sebiji malam buat permulaan, boleh di tambah dos kepada 2 biji 2 kali sehari. Untuk maintain cukup 1 ... Lihat seterusnya..biji, 2kali sehari.

Anda boleh mendapatkannya dengan membuat tempahan terus kepada saya. Sekotak RM12.00 (24 Kapsul). Kos Penghantaran poslaju :RM3.00/kotak. Beli 3 - 5 kotak kos penghantaran RM2.00/perkotak, 6 - 8 kotak kos penghantaran RM1.00/kotak. 9 - 10 kotak ke atas kos penghantaran boleh dirunding... .

Nota:

Produk ini telah didaftar dan diluluskan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia

No. KMM: Baraka 450mg(ML 08120837T)
Baraka 100mg(ML 08120839T)


Hubungi:

Us. Ahmad Fariz Hj. Jalaludin
0194777358
abuhusnie@yahoo.com.my

RAHSIA RUKUN 13 ?

Assalamua’laikum wr wb………. ..Sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Laksanakanlah segala rukun dengan betul dan semoga kita akan sentiasa dicucuri rahmat oleh-NYA Yang Esa

Wallahualam.

Sumber: nojie76

Friday, May 14, 2010

Cara Menadah Tangan Ketika Doa

Assalamualaikum wbth

Dari Ustaz Abdullah Mahmud

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

mencari keberkatan doa...
DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1)ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA.

2)RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN.

3)“APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب
TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4)DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5)SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW.

6)BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA.

7)AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM…….. USTAZ ABDULLAH MAHMUD….

Sumber: email
nama Allah.


Tuesday, March 2, 2010

KITA BANGGA DEKAT DENGAN KUIN KUALA KETIL




Semalam Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan,Tunku Bendahara telah membuat lawatan rasmi ke tapak pembinaan KUIN di Kuala Ketil.

Lawatan Baginda diiringi oleh Yab DS MB,ahli-ahli Exco,ADUN-ADUN,Rektor KUIN dan Dato CEO BDB .

Taklimat telah disampaikan oleh Rektor KUIN,Prof Jamil Osman.

Luas keseluruhan tapak pembinaan yang telah diusahakan ialah 320 ekar dari luas keseluruhan 83o ekar.Pembinaan akan mengambil masa 21/2 tahun,yang dijangka akan siap pada akhir 2012.Pecah tanah projek ini telah dilakukan oleh Ds Mb sendiri pada bulan Februari 2009.

Projek yang menelan belanja RM 330 juta ini dibiayai Rm200 oleh Bank Islam Berhad dan yang selebihnya oleh Affin Islamic Bank Berhad.

Apabila siap sepenuhnya KUIN boleh menampung seramai 13 ribu pelajar berbanding 4 ribu pelajar sekarang ini.

Tunku Bendahara telah dibawa untuk melihat kerja-kerja membina kolam sepanjang 1,2 km yang akan berada dipintu masuk Kuin yang didalamnya akan dibina sebuah masjid terapung yang pembinaannya nanti akan ditaja sepenuhnya.

Baginda melahirkan rasa bangga dan puas hati melihat projek yang sedang rancak berjalan itu.
* Kita penduduk islam di Zon Anggerik amanjaya , berbangga dengan terbinanya, KUIN tersebut memudahkan anak anak dan cucu kita dapat belajar berdekatan dengan Taman Amanjaya



Saturday, February 20, 2010

SELAMAT DATANG MAJLIS PERASMIAN SURAU & KELAS KAFA






Majlis Perasmian Surau & Kelas KAFA
Pada 20hb Feb 2010 Jam 8 malam Oleh Mufti Negeri Kedah

Untuk lihat banyak lagi gambar-gambar sila lihat Facebook surau amanjaya

Saturday, January 23, 2010

Dua Pisang Dalam Satu Kulit



Seorang pesara, Cedric Hooper, yang membeli beberapa pisang di pasar raya tempatan berasa hairan apabila mendapati salah satu pisangnya apabila ditanggalkan kulit rupa-rupanya mengandungi dua pisang.

Mr Hooper membeli pisang itu di Asda Store di Wellington, Somerset.

Bagaimanapun pesara berusia 69 tahun itu tidak perasan keanehan pisang itu sehinggalah ia tiba di rumah.

"Pisang ini kelihatan lebih gemuk berbanding yang lainnya dan apabila kami membuang kulitnya rupa-rupanya terdapat dua pisang di dalam satu," katanya.

"Dua pisang dalam satu kulit - ia benar-benar aneh.

"Saya memakan pisang setiap hari dan selalu membelinya - tetapi saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini."

Mr Hooper menyatakan walaupun ia aneh namun dia tetap memakannya.

"Kedua-duanya sangat sedap," tambahnya lagi.

Sumber : www.telegraph.co.uk

Nada dering azan haram





KAHERAH 23 Jan 10: Mufti Mesir, Ali Gomaa mahukan masyarakat Islam menjawab azan yang dilaungkan di masjid, bukan apabila ia berdering menerusi telefon bimbit.

KAHERAH: Mufti Mesir, Ali Gomaa mahukan masyarakat Islam menjawab azan yang dilaungkan di masjid, bukan apabila ia berdering menerusi telefon bimbit.


Beliau semalam mengeluarkan fatwa mendesak masyarakat Islam berhenti menggunakan bacaan ayat suci al-Quran atau azan sebagai nada dering. Menurutnya, ia tidak sesuai, mengelirukan dan mencemari kata-kata Tuhan.


“Kata-kata Allah itu amat suci. Allah mengarahkan kita menghormati dan mengagungkanNya,” kata Ali.


Menurutnya, penganut Islam diwajibkan bersolat lima kali sehari dan masa itu diumumkan hanya dengan azan dari masjid.


“Azan adalah untuk mengumumkan waktu solat. “Menggunakannya untuk nada dering membawa kepada kekeliruan.” Nada dering Islamik begitu popular di Mesir, Arab Saudi, Tebing Barat dan negara Islam lain.


Sekumpulan ulama Saudi baru-baru ini juga merayu rakyat negara itu supaya tidak menggunakan ayat suci sebagai nada dering.


Di Mesir, azan atau ayat al-Quran bukan setakat popular sebagai nada dering.


Ia juga dijadikan skrin saver dan pesanan teks dalam ucapan sempena sambutan hari kebesaran.


Nada itu boleh dimuatturunkan dari Internet, laman web syarikat telefon bimbit dan disiarkan menerusi stesen televisyen.


Majoriti penduduk Mesir berfahaman Sunni dan terdapat hampir 50 juta pengguna telefon bimbit.


Mereka yang mahukan nada dering Islamik, mufti itu mencadangkan mereka menggunakan nasyid. — Reuters

Saturday, January 16, 2010

DAULAT TUANKU - JK SURAU AMANJAYA


Kami Jawatankuasa Surau Amanjaya Sungai Petani mengucapkan Daulat Tuanku Ke-82. Kami berdoa semoga di negeri Kedah dibawah naugan Tuanku dibawah peliharaan Allah S.W.T- Amin

Friday, January 15, 2010

KEKUASAN ALLAH MENGATASI SEGALANYA



Baru lah tadi gerhana matahara separa berakhir.......

Gerhana matahari akan berlaku lagi dan akan dapat di lihat di Malaysia pada hari ini (Jumaat 15 Januari 2010) antara pukul 3 petang - 5.30 petang.

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)




Monday, January 11, 2010

Ciri-ciri Isteri Solehah


SOALAN:
KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?
Jawapan:
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.
Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Nasyid FM online


Kajian Pengunjung

PUNGUTAN KAJIAN PELAWAT BLOG SURAUAMANJAYA Sila luangkan masa anda hanya 2 minit sahaja..Terima kasih

Apakah pendapat anda dengan Blog ini ?
Adakah anda setuju blog surauamanjaya menepati kehendak anda ? Ya
Tidak
Jika tidak ? kenapa..
Sila beri cadangan untuk menambahkan lagi pembaikan blog surauamanjaya ini...
Name:
Email Address:

create web form