Thursday, November 26, 2009

KELENDAR 2010 BELI SAMBIL MENDERMA


Kepada Semua Pembaca Blog ini, anda boleh dapatkan kelendar 2010 ini berharga RM3 shj. Sebarang Pertanyaan Boleh SMS kan kepada 0195444166 En. Hasnol

KAFA DI SINAR HARIAN 18/11/2009 (Rabu) Mk U10


Surau Kami bertuah, Setelah berjaya mengadakan hari kecemerlangan KAFA 2009, kami sekali lagi amat berbangga kerana berita Kejayaan anak Taman ini berjaya dihebahkan melalui surat khabar SINAR HARIAN SINAR HARIAN 18/11/2009 (Rabu) Mk U10. Syabas kepada pemberitahuan berita tersebut kepada umum. Di samping gambar anugerah KAFA, ia juga tersiar juga setakat mana pembinaan Kelas KAFA. Sila rujuk surat khabar tersebut.

Sunday, November 15, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG KAFA




Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana, pihak kami berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Walaupun Hujan lebat, sambutannya begitu mengalakan. Ia dirasmikan oleh Ustz Hj. Ahmad b. Ghazali , Ketua Penyelia KAFA Pej. Agama Kuala Muda di iringi oleh Pengerusi Surau Ustz Shahirul Abdullah. Berbagai persembahan dan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua pelajar dan guru yg telah menjayakan Kelas KAFA ini intuk Tahun 2009. syabas kepada semua teruskan....tahun seterusnya

"HARI ANUGERAH CEMERLANG KELAS KAFA & MAJLIS KHTAM AL-QURAN 2009



HARI ANUGERAH CEMERLANG KELAS KAFA & MAJLIS KHTAM AL-QURAN selepas maghrib 14 Nov

Friday, August 14, 2009

SUMBANGAN ANDA DIALU-ALUKAN

n
Kami pihak J.K surau Muhajirin mengalu-alukan sumbangan Tuan Puan bagi menyiapkan surau ini yang hanya boleh disiapkan 60 % sahaja, Kami kekurangan peruntukan. Oleh itu kami memohon jasa baik pihak yang kemampuan untuk dapat hulurkan sumbangan ikhlas tuan puan. Sekian terima kasih --- Pengerusi Surau

Pembinaan Bangunan KAFA



10hb Ogos , maka tercatatlah dairi pembinaan bangunan Kelas KAFA . Walaupun pembinaan dimulakan proses siap tidak di ketahui bila boleh digunakan sebagai kelas, ini kerana proses ini memerlukan kos yang banyak. Tetapi pihak JK surau tidak putus asa mencari jalan bagi menyiapkan juga dengan berbagai kaedah seperti sumbangan atau kutipan seluruh Taman dan juga wakaf sekaki RM15 , bagi pada pembaca blog ini..mohon hebohkan kepada teman blog kita, mana tahu hamba Allah yang dikasihi ingin benar untuk membuat sumbangan.

Sila boleh hubungi kepada Jk Surau atau yang sudi memasukan kedalam akaun no Bank Islam Surau Al-Muhajirin 02020010042607 . Semoga Allah membalas jasa tuan pun..AMIN

Saturday, July 11, 2009

ISI NERAKA RENUNGKANLAH




Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua..... Wallahua'lam.YA

ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Amalan Kesihatan Dari Al Quran Dan Sunnah Nabi

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Thursday, July 9, 2009

Majlis Kesyukuran Nikmat Rezeki dari Allah

Justify Full
Pada 27 Jun 2009 pada sebelah malam , pihak AJK surau mendapat tajaan daripada beberapa anak khariah surau ini yang sudi memberi jamuan buah durian. Dibeli secara borong dari sekitar dusun di Tg. Dawai , Baling.


Kebetulan waktu ini musim buah durian diperhebatkan. Pihak Pengerusi Surau dan AJK tak akan lepaskan peluang keemasan memakan durian yang cukup lemak enak dimakan bersama pulut susu. Walau pun buah ini baunya cukup memeningkan kepala, tetapi lagi dekat denganya , lagi hati dok nak makan.


Inilah nikmat rezeki dari Allah sama sama kita menikmatnya. Dalam majlis ini apa yang penting ialah kerjasama menjayakan majlis ini akan mengeratkan lagi penduduk taman. Muslimin dan muslimin tak lepaskan peluang menimati juadah ini selepas selesai berjemaah Isya. Semua penduduk taman kebanyakan menhadirkan diri pada majlis ini. Semoga dimurahkan rezeki kepada seseorang yang tidak keberatan menaja buah ini . Pihak Surau Ucapkan Terima Kasih kepada pihak berkenaan . Terima kasih daun keladi.

Wednesday, May 20, 2009

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”


Thursday, May 14, 2009

Perkara Yang Dilarang Dilakukan Ketika Solat

Solat merupakan munajat antara seorang hamba dengan tuhannya. Kerana itu, ia mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin. Bila bertakbiratul ihram, maka itu bererti bermulanya munajat dengan Allah, maka perkara-perkara keduniaan yang halal sebelum itu diharamkan kerana menjaga adab munajat dengan Allah SWT. Kerana itu banyak perkara yang dilarang ketika bersolat, dan antaranya ialah perkara-perkara berikut:-

1- Sengaja Membatalkan solat
Haram sengaja membatalkan solat dengan bercakap, bergurau senda dan sebagainya. Ini kerana solat merupakan munajat antara manusia dengan Allah SWT. Maka tidak sepatutnya meninggalkan munajat dengan Allah SWT tanpa ada ada alasan yang munasabah

2- Bercakap Ketika Bersolat
Haram bercakap semasa solat, walaupun sedikit. Bahkan ia membatalkan solat.

3- Berpaling Samada Ke Kanan Atau Ke Kiri
Memalingkan dada dari arah kiblat membatalkan solat. Dan berpaling muka juga dilarang dalam solat, sekalipun ia tidak membatalkannya.

4- Mendongak Ke Atas
5- Tidak Menyempurnakan Rukun
Setiap rukun solat mestilah dilakukan dengan sempurna. Rukun yang dilakukan dengan tidak memenuhi syarat yang dituntut menyebabkan solat tidak sah.

6- Waswas
Orang yang waswas sebenarnya orang yang beribadah kepada Allah SWT mengikut hawa nafsunya, dan bukan dengan cara yang dikehendaki Allah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Kerana ini, amalan waswas bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, bahkan berdosa dan akan rugi di akhirat kerana amalannya tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Friday, March 6, 2009

SALAM KENALAN PELAWAT BLOG



Kepada...semua warga taman amanjaya bagi penghuni baru....pakat jemputlah berjemaah disurau kita , kerana dengan berjemaahlah kita dapat bersuai kenal dengan kawan yang kita tidak pernah bertegur sapa ketika siang hari....itulah hikmah bila berjemaah. Entahkan tidak orang yang kita berkenal kenal ketika berjemaah..suatu hari mungkin dia dapat menolong kita...

Pengerusi Surau

RAYA KORBAN SLIDE

Walaupun dalam musin hujan tetapi dengan azan semangat penduduk ini telah berjaya mengadakan ceramah dan jamuan hari raya untuk penduduk taman ini. Lihatlah suasana yang meriah terasa di majlis ini, bersama dengan tetamu istimewa Ustz Syeik Fisol yang didatangkan dari Jitra Kedah . Dengan adanya majlis sedemikian akan merapatkan lagi silaturahim dikalangan penduduk di taman ini. Di anggarkan kseluruhan tempat penuh diisi, tak kira org tua dewasa dan kanak-kanak , sama2 memeriahkan.Semoga tahun hadapan akan lebih meriah lagi.

PROGRAM SYAWAL

Rasanya..mungkin sepanjang syawal akan terdapat banyak rumah yang membuat rumah terbuka...rasa tak lengkap jika tak berbuat demikian..Di taman ini ramai, penghuninya berkerja sebagai pegawai pegawai kerajaan , jadi dibulan yg baik ini , cara inilah yg akan mengeratkan lagi silaturahim kami setaman.Kali ini kami semua berpeluang makan di rumah pegawai tentera ( Mejor Hj. Yusuf ) dan juga merangkap tok iman juga kami disurau ini.Tetamu yang datang ialah lan manger,lan pirus,cikgu hamkah, fakar plus, cikgu nasir, Ustaz shahrul & Ustaz Suhaimi, IR nizam , zul ,cikgu bakri, fitri public matual, cikgu zali, cikgu fauzi,cikgu mus, Ustaz hamid, din dan ramai lagi dah ingat dah...Kami semua ucapkan terima kasih kepada Major atas jemputan ini..."lepas ni kat mana lagi...tungguuuuuu" Semua Pelakon-pelakon diatas adalah ahli surau dan taman ini

PROGRAM BULAN RAMADHAN





Hari dan masa berlalu begitu cepat, dah dah masuk malam ke 27, terasa kurang ilmu didada, gambar ini dirakam disurau amanjaya anggerik sungai petani, ramai sungguh para muslimin dan muslimat pun turut sama memeriahkan suasana berkhatam Quran, anjuran surau ini diketuai oleh Ustaz Shahirul , Ustaz Suhaimi dan Ustaz Muhaimi ( SSM ), terima kasih pada mereka kerana banyak memberi tunjuk ajar yang amat berguna didunia dan akhirat...semoga Tuhan membalas mereka.Lihatlah kanak - kanak kita, jika kita mengajar ia menghayati Al Quran , InsyaAllah mungkin ia akan ikut. nak melentur buluh biar dari rebung.Sedikit cenderahati ( Tajaan Surau) diberi kepada semua jemaah, kerana kesudian mereka dari awal ramadhan dapat bertahan hingga ke malam ini...Syabas.Semoga program ini akan dapat diteruskan lagi tahun hadapan. Diakhir program semua muslimin dan muslimat dihidangkan sedikit Jamuan ( Tajaan Syed HPA ).Sesiapa yang melihat dan berminat untuk memeriahkan Surau ini datanglah bersama kita.....kami boleh memberi tunjuk ajar...

Nasyid FM online


Kajian Pengunjung

PUNGUTAN KAJIAN PELAWAT BLOG SURAUAMANJAYA Sila luangkan masa anda hanya 2 minit sahaja..Terima kasih

Apakah pendapat anda dengan Blog ini ?
Adakah anda setuju blog surauamanjaya menepati kehendak anda ? Ya
Tidak
Jika tidak ? kenapa..
Sila beri cadangan untuk menambahkan lagi pembaikan blog surauamanjaya ini...
Name:
Email Address:

create web form