Saturday, January 23, 2010

Dua Pisang Dalam Satu Kulit



Seorang pesara, Cedric Hooper, yang membeli beberapa pisang di pasar raya tempatan berasa hairan apabila mendapati salah satu pisangnya apabila ditanggalkan kulit rupa-rupanya mengandungi dua pisang.

Mr Hooper membeli pisang itu di Asda Store di Wellington, Somerset.

Bagaimanapun pesara berusia 69 tahun itu tidak perasan keanehan pisang itu sehinggalah ia tiba di rumah.

"Pisang ini kelihatan lebih gemuk berbanding yang lainnya dan apabila kami membuang kulitnya rupa-rupanya terdapat dua pisang di dalam satu," katanya.

"Dua pisang dalam satu kulit - ia benar-benar aneh.

"Saya memakan pisang setiap hari dan selalu membelinya - tetapi saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini."

Mr Hooper menyatakan walaupun ia aneh namun dia tetap memakannya.

"Kedua-duanya sangat sedap," tambahnya lagi.

Sumber : www.telegraph.co.uk

Nada dering azan haram





KAHERAH 23 Jan 10: Mufti Mesir, Ali Gomaa mahukan masyarakat Islam menjawab azan yang dilaungkan di masjid, bukan apabila ia berdering menerusi telefon bimbit.

KAHERAH: Mufti Mesir, Ali Gomaa mahukan masyarakat Islam menjawab azan yang dilaungkan di masjid, bukan apabila ia berdering menerusi telefon bimbit.


Beliau semalam mengeluarkan fatwa mendesak masyarakat Islam berhenti menggunakan bacaan ayat suci al-Quran atau azan sebagai nada dering. Menurutnya, ia tidak sesuai, mengelirukan dan mencemari kata-kata Tuhan.


“Kata-kata Allah itu amat suci. Allah mengarahkan kita menghormati dan mengagungkanNya,” kata Ali.


Menurutnya, penganut Islam diwajibkan bersolat lima kali sehari dan masa itu diumumkan hanya dengan azan dari masjid.


“Azan adalah untuk mengumumkan waktu solat. “Menggunakannya untuk nada dering membawa kepada kekeliruan.” Nada dering Islamik begitu popular di Mesir, Arab Saudi, Tebing Barat dan negara Islam lain.


Sekumpulan ulama Saudi baru-baru ini juga merayu rakyat negara itu supaya tidak menggunakan ayat suci sebagai nada dering.


Di Mesir, azan atau ayat al-Quran bukan setakat popular sebagai nada dering.


Ia juga dijadikan skrin saver dan pesanan teks dalam ucapan sempena sambutan hari kebesaran.


Nada itu boleh dimuatturunkan dari Internet, laman web syarikat telefon bimbit dan disiarkan menerusi stesen televisyen.


Majoriti penduduk Mesir berfahaman Sunni dan terdapat hampir 50 juta pengguna telefon bimbit.


Mereka yang mahukan nada dering Islamik, mufti itu mencadangkan mereka menggunakan nasyid. — Reuters

Saturday, January 16, 2010

DAULAT TUANKU - JK SURAU AMANJAYA


Kami Jawatankuasa Surau Amanjaya Sungai Petani mengucapkan Daulat Tuanku Ke-82. Kami berdoa semoga di negeri Kedah dibawah naugan Tuanku dibawah peliharaan Allah S.W.T- Amin

Friday, January 15, 2010

KEKUASAN ALLAH MENGATASI SEGALANYA



Baru lah tadi gerhana matahara separa berakhir.......

Gerhana matahari akan berlaku lagi dan akan dapat di lihat di Malaysia pada hari ini (Jumaat 15 Januari 2010) antara pukul 3 petang - 5.30 petang.

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)




Monday, January 11, 2010

Ciri-ciri Isteri Solehah


SOALAN:
KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?
Jawapan:
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.
Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Nasyid FM online


Kajian Pengunjung

PUNGUTAN KAJIAN PELAWAT BLOG SURAUAMANJAYA Sila luangkan masa anda hanya 2 minit sahaja..Terima kasih

Apakah pendapat anda dengan Blog ini ?
Adakah anda setuju blog surauamanjaya menepati kehendak anda ? Ya
Tidak
Jika tidak ? kenapa..
Sila beri cadangan untuk menambahkan lagi pembaikan blog surauamanjaya ini...
Name:
Email Address:

create web form