Wednesday, May 20, 2009

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”


Thursday, May 14, 2009

Perkara Yang Dilarang Dilakukan Ketika Solat

Solat merupakan munajat antara seorang hamba dengan tuhannya. Kerana itu, ia mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin. Bila bertakbiratul ihram, maka itu bererti bermulanya munajat dengan Allah, maka perkara-perkara keduniaan yang halal sebelum itu diharamkan kerana menjaga adab munajat dengan Allah SWT. Kerana itu banyak perkara yang dilarang ketika bersolat, dan antaranya ialah perkara-perkara berikut:-

1- Sengaja Membatalkan solat
Haram sengaja membatalkan solat dengan bercakap, bergurau senda dan sebagainya. Ini kerana solat merupakan munajat antara manusia dengan Allah SWT. Maka tidak sepatutnya meninggalkan munajat dengan Allah SWT tanpa ada ada alasan yang munasabah

2- Bercakap Ketika Bersolat
Haram bercakap semasa solat, walaupun sedikit. Bahkan ia membatalkan solat.

3- Berpaling Samada Ke Kanan Atau Ke Kiri
Memalingkan dada dari arah kiblat membatalkan solat. Dan berpaling muka juga dilarang dalam solat, sekalipun ia tidak membatalkannya.

4- Mendongak Ke Atas
5- Tidak Menyempurnakan Rukun
Setiap rukun solat mestilah dilakukan dengan sempurna. Rukun yang dilakukan dengan tidak memenuhi syarat yang dituntut menyebabkan solat tidak sah.

6- Waswas
Orang yang waswas sebenarnya orang yang beribadah kepada Allah SWT mengikut hawa nafsunya, dan bukan dengan cara yang dikehendaki Allah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Kerana ini, amalan waswas bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, bahkan berdosa dan akan rugi di akhirat kerana amalannya tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Nasyid FM online


Kajian Pengunjung

PUNGUTAN KAJIAN PELAWAT BLOG SURAUAMANJAYA Sila luangkan masa anda hanya 2 minit sahaja..Terima kasih

Apakah pendapat anda dengan Blog ini ?
Adakah anda setuju blog surauamanjaya menepati kehendak anda ? Ya
Tidak
Jika tidak ? kenapa..
Sila beri cadangan untuk menambahkan lagi pembaikan blog surauamanjaya ini...
Name:
Email Address:

create web form