Friday, March 6, 2009

SALAM KENALAN PELAWAT BLOG



Kepada...semua warga taman amanjaya bagi penghuni baru....pakat jemputlah berjemaah disurau kita , kerana dengan berjemaahlah kita dapat bersuai kenal dengan kawan yang kita tidak pernah bertegur sapa ketika siang hari....itulah hikmah bila berjemaah. Entahkan tidak orang yang kita berkenal kenal ketika berjemaah..suatu hari mungkin dia dapat menolong kita...

Pengerusi Surau

RAYA KORBAN SLIDE

Walaupun dalam musin hujan tetapi dengan azan semangat penduduk ini telah berjaya mengadakan ceramah dan jamuan hari raya untuk penduduk taman ini. Lihatlah suasana yang meriah terasa di majlis ini, bersama dengan tetamu istimewa Ustz Syeik Fisol yang didatangkan dari Jitra Kedah . Dengan adanya majlis sedemikian akan merapatkan lagi silaturahim dikalangan penduduk di taman ini. Di anggarkan kseluruhan tempat penuh diisi, tak kira org tua dewasa dan kanak-kanak , sama2 memeriahkan.Semoga tahun hadapan akan lebih meriah lagi.

PROGRAM SYAWAL

Rasanya..mungkin sepanjang syawal akan terdapat banyak rumah yang membuat rumah terbuka...rasa tak lengkap jika tak berbuat demikian..Di taman ini ramai, penghuninya berkerja sebagai pegawai pegawai kerajaan , jadi dibulan yg baik ini , cara inilah yg akan mengeratkan lagi silaturahim kami setaman.Kali ini kami semua berpeluang makan di rumah pegawai tentera ( Mejor Hj. Yusuf ) dan juga merangkap tok iman juga kami disurau ini.Tetamu yang datang ialah lan manger,lan pirus,cikgu hamkah, fakar plus, cikgu nasir, Ustaz shahrul & Ustaz Suhaimi, IR nizam , zul ,cikgu bakri, fitri public matual, cikgu zali, cikgu fauzi,cikgu mus, Ustaz hamid, din dan ramai lagi dah ingat dah...Kami semua ucapkan terima kasih kepada Major atas jemputan ini..."lepas ni kat mana lagi...tungguuuuuu" Semua Pelakon-pelakon diatas adalah ahli surau dan taman ini

PROGRAM BULAN RAMADHAN





Hari dan masa berlalu begitu cepat, dah dah masuk malam ke 27, terasa kurang ilmu didada, gambar ini dirakam disurau amanjaya anggerik sungai petani, ramai sungguh para muslimin dan muslimat pun turut sama memeriahkan suasana berkhatam Quran, anjuran surau ini diketuai oleh Ustaz Shahirul , Ustaz Suhaimi dan Ustaz Muhaimi ( SSM ), terima kasih pada mereka kerana banyak memberi tunjuk ajar yang amat berguna didunia dan akhirat...semoga Tuhan membalas mereka.Lihatlah kanak - kanak kita, jika kita mengajar ia menghayati Al Quran , InsyaAllah mungkin ia akan ikut. nak melentur buluh biar dari rebung.Sedikit cenderahati ( Tajaan Surau) diberi kepada semua jemaah, kerana kesudian mereka dari awal ramadhan dapat bertahan hingga ke malam ini...Syabas.Semoga program ini akan dapat diteruskan lagi tahun hadapan. Diakhir program semua muslimin dan muslimat dihidangkan sedikit Jamuan ( Tajaan Syed HPA ).Sesiapa yang melihat dan berminat untuk memeriahkan Surau ini datanglah bersama kita.....kami boleh memberi tunjuk ajar...

Nasyid FM online


Kajian Pengunjung

PUNGUTAN KAJIAN PELAWAT BLOG SURAUAMANJAYA Sila luangkan masa anda hanya 2 minit sahaja..Terima kasih

Apakah pendapat anda dengan Blog ini ?
Adakah anda setuju blog surauamanjaya menepati kehendak anda ? Ya
Tidak
Jika tidak ? kenapa..
Sila beri cadangan untuk menambahkan lagi pembaikan blog surauamanjaya ini...
Name:
Email Address:

create web form